Thursday, February 9, 2012

Resepi Ayam panggang kenny rogers


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Wednesday, June 29, 2011

Roti Jalan

dah lama Nur teringin nak makan roti jala...tadi petang selak-selak resipi jumpa satu resipi yang simple....n walaupun simple mmg sedap resipi ni terutama bile dimakan bersama kari ayam ;)


Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1 sudu garam
1 biji telur
2 1/2 cawan santan 
pewarna kuning

Langkah-langkah

campurkan semua bahan-bahan di atas dan blend sehingga sebati....
boleh goreng...gerenti sedap !!!
boleh dimakan dengan kari ayam. Lain kali Nur akan share resipi kari ayam yang ssedap turun temurun dari keluarga Nur.

Daging Masak merah

malam ni Nur masak spesel (specel tuk Nur yg xreti masak) cket tuk mengisi perut suami.... bagi perut die buncit cket....DAGING MASAK MERAH....alaa yang slalu kat kedai klo order nasi goreng USA mesti ada nasi goreng ,telur sebijik ngn daging.....cam gambar kat bwh nie


sekadar gmbar hiasan yg di celok dr tenet

Bahan-bahan ....

1 mangkuk daging tuk mkn 2 org 
2 sudu sos cili   **** agak-agak jer
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
1/2 biji bawang besar yang dipotong bulat-bulat...
carrot ...(xletak sbb xder)

~~ bahan-bahan tumis~~
3 biji bawang putih yang ditumbuk
sedikit halia

langkah-langkah 

1. Supaya daging empuk, rebus dulu dan masukkan sedikit pewarna merah dalam air rebusan supaya daging berwarna merah
 2. tumis bahan-bahan tumis - halia + bawang putih dalam kuali
3. agak-agak dah bau wangi ...masukan segala sos yg ada
4. masukkan daging....+ air rebusan sedikit
5. Klo ada carrot...boleh masukkan skali
6.gaul-gaul...bile dah hampir masak...masukkan bawang....

siappp tuk dimakan ;)

Donut

resipi ni Nur ambik dari http://http://tiffinbiru.blogspot.com


BAHAN-BAHANNYA :-)
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Gula halus untuk salut donat

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Pulut Durian



                                            Resipi pulut durian (Tanak)
2 cawan pulut
1 cawan air
cara :
Basuh pulut dan masak seperti masak nasi biasa !

Resipi pulut durian ( kukus)
2 cawan pulut
air
cara:
pulut di rendam dalam air dalam 3 jam
kukus pulut sehingga masak

Santan
Santan + masukkan garam sesedap rasa.

Kuew Tiaw Goreng

Kuew-teow Goreng

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih yang ditumbuk hancur
1/2 bungkus Kuwtiaw
sedikit daun kuchai
1 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
4 ekor udang
4 ekor udang yang telah ditumbuk hancur
1 ekor sotong yang dipotong bulat-bulat
sedikit daging yang telah direbus sehingga empuk. (simpan air rebusan daging)
3 sudu cili kering yang telah diblend bersama sebiji bawang holland
5 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap


cara-cara


1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk hancur dalam minyak yang sedikit
2. Stelah agak kuning-kekuningan, masukkan cili dan kacau sehingga agak-agak masak
3. Masukkan ayam & daging. Jika agak kering, masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata. 
5. Masukkan udang yang ditumbuk hancur, udang biasa dan sotong. Kacau hingga sebati dan agak-agk masak
6. Masukkan sedikit garam & gula. Jika kering, boleh tambah air rebusan daging. 
7. Masukkan kuetiaw dan kacau hingga rata. Biarkan seminit dua
8. Kaiskan kuetiaw sehingga tebrentuk lubang ditengah-tengah kuali dan masukkan telur .
Bila telur dah sedikit masak, kacau dan gaul dengan kuetiaw.
8.Masukkan kuchai dan kacau hingga rata.


Dah siap. Dan boleh diangkat dan dingap !!! 

Buah Melaka

Resipi untuk minum petang ni ialah BUAH MELAKA. Walaupun kuih traditional tapi sangat sedap. Teringat masa kecik-kecik mak selalu buat. Dan hobi Nur time tuh adalah berebut ngn adik beradik. Hehehe Rupanya-rupanya nak buat buah melaka ni senang bangat seh. Pejam mata confirm takleh wat !!!


Resipi buah Melaka

Bahan-bahan
1 cawan Tepung pulut
Gula Melaka yang dipotong kecik-kecik
Air
Garam
Pewarna Hijau atau air Pandan
Kelapa Parut dan digaul dengan sedikit garam


Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan air yg telah dicampur dengan sedikit garam. 
2. Uli sehingga tepung boleh dibentuk bulat-bulat.


3. Bentukkan tepung dalam bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka yg telah dipotong di dalamnya sebagai inti. 


4. Dalam bekas lain, masak air sehingga mendidih dan masukkan pewarna hijau dan biarkan hingga sebati.
5. Kemudian masukkan buah melaka yang dah siap tadi ke dalam air mendidih.


6. Apabila  Buah melaka dah masak, ia akan timbul. So, apabila dah timbul boleh angkat dan golekkan dalam kelapa parut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...